Satu Islam, Washington – SELEPAS Asia Barat berjaya dikucar-kacirkan oleh Amerika ketika era Obama, kini fasa ke seterusnya beralih kepada projek pemetaan semula rantau tersebut. Ia kelihatan mirip seperti Perjanjian Sykes-Picot yang telah dijayakan sekitar 100 tahun yang lalu.
Siapa di belakang Trump?
Agenda ‘Deal of The Century’ digagas oleh Donald Trump. Di belakang Trump terdapat pemikir-pemikir Zionis yang mempengaruhi pendirian dan tindakannya, seperti Michael Richard Pence yang merupakan Timbalan Presiden AS.
Maka tidak heran Trump memperlihatkan komitmen untuk memastikan Palestina diserahkan sepenuhnya kepada Yahudi.
Tiga agenda utama
Aktivis Zionis yang bernama Daniel Morganstern pada tahun 2017 telah merumuskan bahwa proyek ‘Deal of The Century’ mempunyai tiga agenda utama. Penjelasan ini dikuatkan lagi dengan pengakuan yang dibuat oleh John R. Bolton ketika persidangan Pelobi Yahudi Amerika di New York. Tiga agenda utama tersebut adalah:
- Proyek pemindahan penduduk Gaza ke Semenanung Sinai, Mesir.
- Sebagian Tebing Barat diserahkan kepada Jordan. Sebagian lagi dimiliki oleh Israel.
- Ibu negara Israel dipindahkan ke Jurusalem yang membawa kesan penguasaan penuh Israel ke atas bumi Palestina. Agenda ini dimulai oleh Amerika dengan memindahkan kedutaan mereka ke Jurusalem.
Negara pelaksana
Demi keberhasilan rancangan ini, Mesir dan Saudi memainkan peranan yang cukup besar. Maka tidak heranlah kedua negara Arab tersebut memerlukan penguasa yang berperwatakan agresif untuk menggolkan tindakan nekad ‘Deal of The Century’.
Politik Saudi mengalami perubahan drastis yang dibawa oleh Putera Muhammad Bin Salman. Beliau dengan karakter mudanya menukar gaya Saudi yang konservatif ala Wahabisme kepada ala-ala Barat. Bahkan di kalangan ulama konservatif di Saudi pun sudah tidak mendapat tempat.
Mesir seperti yang diketahui umum, diperintah oleh Sisi yang dilihat cukup anti terhadap gerakan Islam dan lunak dengan agenda ‘Deal of The Century’.
Narasi yang membingungkan
Narasi yang selalu dimainkan bhawa antara Wahabi dan Salafi saling berselisih antara satu sama lain. Jika kita masih terperangkap dengan sektarian mazhab tersebut, sudah pasti kita akan merasa bingung sampai hari ini.
Bagaimana Mesir yang dikatakan Salafi itu kini boleh berbaik sangka dan menjalin kerjasama dengan Saudi yang dikatakan Wahabi. Itulah politik. Mazhab hanya dijadikan alat propaganda untuk mewajarkan konflik yang direka oleh pencatur politik.
Mengapa Sisi perlu menang?
Abdul Fattah Sisi sekali lagi dipilih memenangi Pemilihan Umum Presiden Mesir dengan meraih sebanyak 92 meninggalkan lawannya Musa Mustafa. Jurang angka yang terlalu aneh tersebut menggambarkan realitas kepincangan demokrasi di negara Arab. Sementara itu terdapat 2 juta undi rusak sebagai isyarat protes dari rakyat yang kecewa dengan senario politik di Mesir.
Mesir merupakan negara yang bertetangga dengan Israel. Ia juga sebagai negara yang terlibat dalam plan pemetaan Asia Barat. Terutamanya dalam projek perluasan Israel dan pemindahan Palestina.
Untuk melangsungkan agenda tersebut, sudah pasti Sisi diperlukan untuk terus menguasai Mesir. Ini membuat beliau terlibat dalam perundingan projek tersebut sejak fasa awal. Jika tampuk kepimpinan Mesir diganti dengan presiden lain, sudah pasti membantutkan kelangsungan usaha jangka panjang tersebut.
Rencana ” The Deal of Century” telah disepakati sejak 2017, melibatkan negara-negara Arab dan Eropah. Ia juga merupakan projek besar-besaran Amerika yang dilaksanakan oleh Trump.
Rencana ini mengingatkan kita apa yang telah diagendakan oleh Theodor Herzl sekitar 100 tahun yang lalu, bahawa Zionis mau memperluas kawasan Israel dari sungai Furat hingga ke sungai Nil.
Fasa awal kepada projek tersebut adalah pemindahan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem. Ia disokong penuh oleh Amerika dan kini sedang berlangsung.
Gaza digiring ke Sinai
Di sinilah menampakkan signifikasi Mesir dalam menngegolkan ‘Deal of The Century’. Pendirian Sisi yang cukup tajam dengan organisasi Islam dan lunak dengan Israel bukanlah satu pertikaian.
Tahun 2018 merupakan tahun Mesir menunjukkan komitmen penuh dengan ‘menyapu’ halangan-halangan yang berada di Sinai. Ia sebagai program persediaan.
H. R McMaster selaku Pegawai Tinggi Tentera Amerika telah membuat pernyataan terhadap projek besar ini. Sebanyak 9 juta penduduk Palestin akan dipindahkan secara beransur-ansur ke Semenanjung Sinai yang telah dibagi dua.
Semenanjung Sinai memiliki luas 60,000 km persegi. Wilayah baru bagi Palestin di Sinai akan dibahagikan separuh, yaitu seluas 30,000 km persegi.
Infrastruktur Palestina baru
Demi mengegolkan projek perluasan Israel, negara-negara yang bersekongkol dengan agenda ‘Deal of The Century’ telah berkongsi komitmen menyuntik dana buat usaha ini sebanyak USD 2.5 billion.
Negara-negara teluk menyumbang USD 1.5 billion. Kesatuan Eropa dan Amerika menyumbang USD 700 juta. Sementara Korea Selatan dan Jepang menyuntik USD 300 juta.
Projek menyediakan infrastruktur bagi Palestin Baru diperkirakann memakan masa selama 30 tahun. Ia memberi penempatan baru buat warga Palestina. Namun hakikatnya ia merupakan operasi penghancuran palestina secara beransur-ansur dan meluaskan areal Israel.
Sisi sebagai pelaksana projek besar ini. Beliau akan sentiasa dipastikan menang untuk terus menerajai Mesir walau dengan apa cara sekalipun.
Palestina: Saudaraku yang terjepit
Saudara-saudara seiman kita di Gaza sedang bergelut dengan agenda celaka ini. Semalam (30 Mac 2018), mereka melancarkan ‘The Great Return March’ sebagai reaksi terhadap kepungan berpanjangan.
Sementara Amerika tetap berdegil meneruskan nekad mereka bersama Israel, memindahkan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem. Apakah kita masih tidak nampak agenda sebenar di sebalik segala apa yang berlaku di Asia Barat?
_________________________
ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD
Sumber : 1 April 2018 -HARAKAHDAILY 1/4/2018